BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

it's me



pEngikuTku..!!

nuyu ♥ Mr.bear

Daisypath Vacation tickers

sukA x blog sy,..!!!

Tuesday, September 06, 2011

asgment ite

Assalamualaikum, di sini saya ingin menceritakan kisah hidup saya selama 18 tahun ini. Saya adalah anak yang ke-5 dalam 8 orang adik-beradik saya. Saya mempunyai 3 org abang, seorang kakak dan 3 orang adik lelaki. Pelbagai cabaran dan dugaan yang saya alami dari dulu sampailah sekarang. Cerita yang paling sedih dalam hidup saya ialah ketika saya berumur 11 tahun iaitu tentang kematian emak kesayangan saya, pada tanggal 1 januari 2004 tepat jam 3.30 petang di Hospital Besar Negeri Terengganu. Tapi saya dan keluarga perlu tabah hadapi semua itu, kerana Allah lebih menyayangi emak saya. Kami hanya mampu berdoa agak emak tenang di alam sana. Amin.
Setelah beberapa lame ayah saya menduda, ayah saya mengambil keputusan bahawa ingin berkahwin seorang lagi. Disebabkan saya dan adik-adik saya masih kecil dan tiada siapa yang menjaga dan mengurus kami ketika ayah bekerja. Kami semua sebagai anak, hanya bersetuju dengan cadagan ayah itu. Pada 3 disember 2004, telah melangsungnya perkahwinan itu. Alhamdulillah, selama 7 tahun ini tiada apa masaalah. Kami bersyukur kerana telah diberikan seorang emak yang penyayang.
Ketika saya tingkatan satu, ayah saya menghantar saya ke sekolah berasrama iaitu Sekolah Menengah Chukai, Kemaman. (TEPCES). Bermula dari itu, saya belajar berdikari dan jauh dari keluarga. Sehinggalah sampai ke tingkatan 3 saya berada di sekolah itu. Semasa tingkatan 4, saya bertukar ke sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, Kemaman. saya berada di sekolah ini selama 2 tahun iaitu sehingga tamat Sijil Penilaian Menengah (SPM).
Setelah beberapa bulan tinggal di rumah, saya mendapat tawaran ke Kolej Profesional MARA Ayer Molek dalam bidang akauntan. Saya mengambil keputusan untuk sambung belajar di kolej ini, iaitu kolej yang saya belajar sekarang. Insayaallah, saya akan belajar bersungguh-sungguh untul mencapai target saya dan membuatkan kedua ibu dan bapa saya tersenyum. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...